PENGUMUMAN
MEJA BANTUAN TEKNIKAL MELALUI PORTAL CENTRALIZE HELPDESK Baru

Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan meja bantuan teknikal berkaitan sistem operasi di RISDA melalui Portal Centralized Helpdesk System telah sedia untuk digunakan secara menyeluruh di semua Pusat Tanggungjawab berdasarkan Arahan ketua Pengarah Bilangan 28 Tahun 2023.

Sistem tersebut boleh diakses melalui capaian https://helpdesk.risda.gov.my.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 5 Disember 2023)
PENUTUPAN SISTEM E-SPEK BAGI TUJUAN PENGUJIAN SISTEM PUSAT PEMULIHAN BENCANA (DRC) Baru

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Pengujian Sistem Pusat Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Centre (DRC) bagi tujuan pematuhan pensijilan ISMS ISO/IEC 27001:2013 akan diadakan pada 28 Februari 2023 (Selasa). Aktiviti ini akan mengakibatkan downtime dalam tempoh yang tersebut:

12:01 AM Sehingga 2:00 PM

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 27 Februari 2023)
PENUTUPAN SISTEM E-SPEK BAGI TUJUAN PENYENGGARAAN Baru

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Penyenggaraan Sistem e-SPeK akan diadakan pada 13 Januari 2023 (Jumaat). Aktiviti ini akan mengakibatkan downtime dalam tempoh yang tersebut:

12:01 AM Sehingga 5:00 PM

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 12 Januari 2023)
PERMOHONAN PADAM TANAH DAN PADAM PEMILIKAN TANAH Baru

Bagi memastikan Permohonan Padam Tanah atau Padam Pemilikan Tanah dibuat dalam situasi sewajarnya, Tuan/Puan dinasihatkan untuk membuat permohonan berdasarkan keadaan berikut :

Permohonan Padam Tanah.

Tindakan dibuat apabila mendapati wujudnya keadaan lot-lot tanah yang berganda (nombor lot atau geran ), tukar status geran atau pemetaan semula ke atas lot tanah tersebut dan lain-lain keadaan seumpamanya.

Permohonan Padam Pemilikan Tanah.

Tindakan dibuat apabila mendapati pemilikan ke atas satu-satu lot tanah telah berubah seperti lot tanah telah dijual atau pindah milik atau pemilik telah meninggal dunia atau lain-lain keadaan di mana lot tanah tersebut tidak lagi dimiliki sepenuhnya atau sebahagian daripadanya.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 04 Oktober 2022)
PENUTUPAN SISTEM E-SPEK BAGI TUJUAN PENYENGGARAAN Baru

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Penyenggaraan Sistem e-SPeK akan diadakan pada 12 Ogos 2022 (Jumaat). Aktiviti ini akan mengakibatkan downtime dalam tempoh yang tersebut:

9:00 AM Sehingga 11:59 PM

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 11 Ogos 2022)
PENUTUPAN SISTEM E-SPEK BAGI TUJUAN PENYENGGARAAN Baru

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti Penyenggaraan Sistem e-SPeK akan diadakan pada 13 Mei 2022 (Jumaat). Aktiviti ini akan mengakibatkan downtime dalam tempoh yang tersebut:

9:00 AM Sehingga 11:59 PM

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 13 Mei 2022)
PERMOHONAN PADAM TANAH DAN PADAM PEMILIKAN TANAH Baru

Bagi memastikan Permohonan Padam Tanah atau Padam Pemilikan Tanah dibuat dalam situasi sewajarnya, Tuan/Puan dinasihatkan untuk membuat permohonan berdasarkan keadaan berikut :

Permohonan Padam Tanah.

Tindakan dibuat apabila mendapati wujudnya keadaan lot-lot tanah yang berganda (nombor lot atau geran ), tukar status geran atau pemetaan semula ke atas lot tanah tersebut dan lain-lain keadaan seumpamanya.

Permohonan Padam Pemilikan Tanah.

Tindakan dibuat apabila mendapati pemilikan ke atas satu-satu lot tanah telah berubah seperti lot tanah telah dijual atau pindah milik atau pemilik telah meninggal dunia atau lain-lain keadaan di mana lot tanah tersebut tidak lagi dimiliki sepenuhnya atau sebahagian daripadanya.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 28 Oktober 2021)
RUANGAN MANDATORI PERMOHONAN PADAM Baru

Ruangan Keterangan sewaktu permohonan PADAM kini telah diwajibkan pengisiannya. Tuan/Puan (Pegawai Penginput) diminta untuk menyatakan tujuan permohonan dibuat. Pegawai Pengesah bertanggungjawab dalam meluluskan permohonan yang dibuat dengan menyemak dan memastikan permohonan yang dibuat adalah adalah benar dan sahih.

Sekiranya, tiada keterangan terhadap permohonan yang dibuat, Pentadbir Sistem boleh untuk tidak meluluskan permohonan yang dikemukakan dan maklumat tersebut akan kekal seperti seadanya.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 23 September 2021)
FUNGSI CARIAN DI e-SPeK

Dimaklumkan bahawa, Tuan/Puan boleh menggunakan kaedah “CARIAN” untuk mencari Pekebun atau Tanah yang telah Didaftar/ Dikemaskini / Permohonan Padam dengan memasukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruangan MESEJ.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 23 September 2021)
PERMOHONAN PADAM

Bermula 16 MAC 2021, Kelulusan Permohonan Padam bagi Profil atau Tanah Pekebun Kecil hanya akan diberikan bagi tujuan Pindah Hak Milik Tanah atau Tukar Status Geran sahaja dengan mengisi Ruangan Keterangan ketika mengemukakan Permohonan.

Sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan maklumat Profil atau Tanah Pekebun Kecil, Tuan/Puan boleh membuat pengemaskinian dengan menekan butang Tetapan.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 8 Mac 2021)
CAPAIAN TERHAD SISTEM e-SPeK

Dimaklumkan bahawa pendaftaran baharu dan pengemaskinian Profil Pekebun dan Profil Tanah tidak dapat dilaksanakan bagi tempoh 4 Ogos 2020 (Selasa) hingga 28 Ogos 2020 (Jumaat) untuk tujuan penyenggaraan sistem.

Sepanjang tempoh ini, sistem e-SPeK hanya dapat diakses di dalam mod Read-Only

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 20 Julai 2020)
PENGESAHAN DAFTAR BARU DAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT

Tuan/Puan perlu memastikan setiap permohonan di dalam Peti Masuk Pekebun Baru dan Tanah Baru telah dibuat pengesahan oleh Pegawai Pengesah.

Proses ini perlu dibuat sehingga 3 Ogos 2020 (Isnin) untuk mengelakkan kehilangan data yang dikemaskini.

Sekian, terima kasih.

(Pengumuman dibuat pada 20 Julai 2020)
PENGEMASKINIAN DAFTAR BARU
Pengemaskinian daftar baru perlu dibuat oleh PT sebelum atau pada 31 Disember 2019.
(Pengumuman dibuat pada 1 Januari 2019)