FAQ e-SPeK
BIL
PERTANYAAN
1
Apakah itu Sistem Maklumat Pekebun kecil (e-SPeK) RISDA?

Sistem e-SPeK ini berasaskan Data Banci 2013 dan berintegrasi dengan sistem operasi RISDA secara web-based. Pengoperasian sistem dilaksanakan oleh semua Pusat Tanggungjawab. Peranti MyKad Reader digunakan bagi mendapatkan data yang berintegriti dan berkualiti bagi kegunaan Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC). Sistem e-SPeK diwujudkan selaras dengan salah satu objektif Program Banci 2013 iaitu mewujudkan sistem pangkalan data pekebun kecil terkini meliputi Profil Pekebun Kecil, Ahli Isi Rumah, Profil Tanah, Projek dan Statistik.

2
Siapakah pengguna e-SPeK?

Pengguna e-SPeK adalah terdiri daripada staff RISDA yang telah berdaftar sahaja.

3
Apakah saluran untuk melaporkan masalah berkaitan pelaksanaan atau penggunaan e-SPeK?

Pengguna boleh menghubungi Unit Perangkaan, Bahagian Dasar Dan Perancangan Strategik (BDPS) atau mengemukakan aduan melalui e-mail di alamat bdps.helpdesk@risda.gov.my untuk tindakan selanjutnya oleh Pentadbir Sistem.

4
Apakah maklumat yang terkandung dalam sistem e-SPeK?

Sistem e-SPeK menyimpan maklumat pekebun kecil, ahli isi rumah, sosio-ekonomi dan projek/program yang disertai.

5
Bolehkan ia dicapai dimana-mana lokasi?

Sistem e-SPeK boleh dicapai dimana-mana lokasi yang mempunyai capaian internet.

6
Bagaimana pekebun kecil boleh mendaftar dalam Sistem e-SPeK ?

Pendaftaran pekebun kecil dalam Sistem e-SpeK hanya boleh dibuat oleh Staf RISDA dengan mengunjungi mana-mana Pusat Tanggungjawab RISDA yang berhampiran.

7
Apakah dokumen yang diperlukan sewaktu pendaftaran pekebun kecil ke dalam Sistem e-SPeK?

Pekebun kecil hendaklah membawa bersama myKad untuk pendaftaran maklumat peribadi dan digalakkan membawa salinan geran untuk pendaftaran tanah milik pekebun kecil.

8
Bolehkah maklumat pekebun kecil di dalam Sistem e-SPeK di buat edaran kepada pihak lain?

Maklumat pekebun kecil di dalam Sistem e-SPeK diklasifikasikan sebagai SULIT dan hanya untuk kegunaan dalaman sahaja serta tidak boleh diedarkan kepada pihak luar.